Tuesday, 2 August 2011

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).
Laungan ‘kemerdekaan’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.
Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.
Hari ini, Malaysia menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53 tahun dengan membawa tema “1 Malaysia Menjana Transformasi”. Selama 53 tahun Malaysia hidup dalam kemakmuran dengan rakyatnya yang berbilang bangsa, berbilang kaum, berbilang agama. Semua bersatu tenaga dan bersatu hati dalam merealisasikan matlamat negara Malaysia ke arah sebuah negara maju dan membangun.

No comments:

Post a Comment