Kini Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi, sosial, pentadbiran, politik, komunikasi dan sebagainya. Kemajuan ini terhasil dari usaha gigih pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu dan sekarang yang tabah dalam menghadapi segala kesulitan dan kepayahan. Keupayaan para pemimpin Malaysia dalam mentadbir negara seharusnya dikagumi. Formula-formula yang digunakan dalam mentadbir negara Malaysia ini telah membuahkan hasil yang perlu disyukuri oleh kita sebagai rakyat Malaysia.
Sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ni, seperti biasa, pelbagai aktiviti dan program kemerdekaan akan berjalan sebagai memperingati pahit maung Malaysia dalam mencapai kebebasan daripada kuasa penjajah. Namun begitu, adakah kemerdekaan ini membawa sebarang erti dalam diri setiap rakyat Malaysia?
No comments:
Post a Comment