Wednesday, 3 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54 :)

tak lama lagi nnt kita dah nak sambut kemerdekaan. hari yg paling bersejarah! ingat tak lagi perjuangan tokoh tokoh sebelum ni? sama-sama lah kita menghayati perjuangan mereka. ingat senang apa kita nk capai ke tahap yg sekarang? jgn lah kita sia siakan apa yang ada pada negara kita skrg.





saya sgt suka sajak ni :)



PADA TANAH MERDEKA INI
Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci

Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahma

RUKUN NEGARA



Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat supaya dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.

Tuesday, 2 August 2011

MAHUKAH ANDA DI JAJAH SEMULA?!!




Kemerdekaan Dulu dan Sekarang

  • Generasi hari ini hanya mahukan keseronokan khususnya ketika sambutan kemerdekaan diadakan tetapi tiada pengisian dalam perspektif merdeka yang jelas.
     
  • Sekarang semua orang perlu disuruh setiap hari untuk pasang bendera, tiada lagi kemeriahan pasang bendera seperti satu ketika dulu.
     
  • Generasi muda tidak faham perjuangan kemerdekaan yang sebenar. Mereka hanya mahukan keseronokan dan keriangan sahaja. Kalau pergi buat ceramah mereka hanya beri perhatian pada kisah-kisah yang ngeri sahaja, tetapi kosong.
     
  • Generasi hari ini juga kurang prihatin dengan semangat kemerdekaan. Oleh itu banyak berlaku gejala sosial.
     
  • Walaupun kita sudah merdeka, tetapi generasi muda hari ini masih lagi dijajah dengan anasir tidak sihat tetapi mereka tidak sedar. Kita jangan mudah lupa diri dan rasa selesa dengan kesenangan yang dinikmati sekarang.

P/S : INGAT LAH WAHAI KAWAN-KAWANKU BETAPA SUSAHNYA PERJUANGAN TOKOH-TOKOH KITA UNTUK  MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN.

MALAYSIAKU MERDEKA!!



Kini Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi, sosial, pentadbiran, politik, komunikasi dan sebagainya. Kemajuan ini terhasil dari usaha gigih pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu dan sekarang yang tabah dalam menghadapi segala kesulitan dan kepayahan. Keupayaan para pemimpin Malaysia dalam mentadbir negara seharusnya dikagumi. Formula-formula yang digunakan dalam mentadbir negara Malaysia ini telah membuahkan hasil yang perlu disyukuri oleh kita sebagai rakyat Malaysia.
Sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ni, seperti biasa, pelbagai aktiviti dan program kemerdekaan akan berjalan sebagai memperingati pahit maung Malaysia dalam mencapai kebebasan daripada kuasa penjajah. Namun begitu, adakah kemerdekaan ini membawa sebarang erti dalam diri setiap rakyat Malaysia?

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).
Laungan ‘kemerdekaan’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.
Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.
Hari ini, Malaysia menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53 tahun dengan membawa tema “1 Malaysia Menjana Transformasi”. Selama 53 tahun Malaysia hidup dalam kemakmuran dengan rakyatnya yang berbilang bangsa, berbilang kaum, berbilang agama. Semua bersatu tenaga dan bersatu hati dalam merealisasikan matlamat negara Malaysia ke arah sebuah negara maju dan membangun.

31 OGOS 1957







Jika ditanya apa yang istimewanya pada tarikh 31 Ogos, mungkin setiap individu akan memberikan jawapan yang sedikit berbeza. 31 Ogos adalah sambutan Hari Kemerdekaan MalaysiaHari Kebangsaan NegaraTarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayudan tak kurang juga ada yang menjawab itu adalah tarikh lahirnya.
Apapun jawapan yang diberikan, yang pasti daripada tarikh itu setiap “rakyat” negara ini pastinya akan dapat mengingati sedikit-sebanyak peristiwa di sebalik tarikh tersebut, melainkan dia hanyalah seorang “penduduk” di negara ini yang kurang mengambil peduli sejarah yang tercatat pada tarikh berkenaan.
Pada tahun ini, jika masih diberi peluang bernafas sehingga 31 Ogos nanti, maka sekali lagi kita berpeluang mengingati peristiwa atau detik-detik kemerdekaan Tanah Melayu. Tahun 2010 ni adalah tahun kemerdekaan yang ke-53 sejak pengisytiharan pada tahun 1957.
Jadi sebagai perkongsian bersama, berikut merupakan Tema dan Logo Hari Kemerdekaanke-53 (tahun 2010)


MENJANA TRANSFORMASI




Sedar tak sedar, kita dah pun masuk pertengahan bulan KEMERDEKAAN dan bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54.
Setiap 31 Ogos, negara kita menyambut hari merdeka dengan penuh meriah dengan perarakan warna warni, konsert artis, pertandingan dan lain – lain.
Setiap tahun, tema hari kemerdekaan sentiasa berubah dan jom kita imbas kembali tema – tema hari kebangsaan sebelum ini. Tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju1988 Bersatu
1989 Bersatu1990 Berjaya
1991 Wawasan 20201992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru2000- 2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang2008 Perpaduan Teras Kejayaan
                                   2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan
2010 1 Malaysia Menjana Transformasi